Terms of Service Privacy Policy 2025 KQO

DASAR PRIVASI (kelasquranonline.com)

Di Kelas Quran Online (kelasquranonline.com), privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, melindungi dan mengurus maklumat peribadi anda apabila anda melayari laman web kami, mendaftar kelas, atau berinteraksi dengan perkhidmatan kami.

Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan dasar privasi ini.

1. Maklumat yang Kami Kumpulkan

Kami mungkin dan akan mengumpul maklumat peribadi berikut:

1.1 Maklumat Diberikan oleh Pengguna

• Nama pelajar dan penjaga

• No Kad Pengenalan Pelajar dan Penjaga

• Nombor telefon

• Emel

• Alamat

• Umur atau tahap pembelajaran pelajar

• Maklumat pembayaran (tidak disimpan sepenuhnya dalam sistem kami; diproses melalui penyedia pembayaran yang selamat)

1.2 Maklumat Penggunaan Laman (Automatically Collected)

• Alamat IP

• Jenis pelayar (browser)

• Data log

• Cookies

• Aktiviti pengguna di laman kami (analytics)

2. Tujuan Pengumpulan Maklumat

Maklumat anda digunakan untuk:

• Mendaftar dan mengurus penyertaan pelajar dalam kelas

• Menghantar maklumat berkaitan kelas, jadual, dan pengumuman

• Memproses pembayaran yuran kelas

• Memberikan sokongan pelanggan

• Meningkatkan fungsi laman web dan pengalaman pengguna

• Menjalankan analitik bagi penambahbaikan perkhidmatan

3. Perlindungan Maklumat

Kami mengambil langkah keselamatan yang sesuai untuk:

• Menghalang akses tidak sah • Melindungi data daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pendedahan

• Menjamin transaksi pembayaran melalui platform pihak ketiga yang selamat Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran data dalam talian yang 100% selamat, namun kami sentiasa berusaha mematuhi standard keselamatan yang terbaik.

4. Pendedahan Maklumat kepada Pihak Ketiga

Kami tidak menjual, menukar atau mendedahkan maklumat peribadi anda kecuali:

1. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga – seperti sistem pembayaran, platform pengajaran online, atau sistem penghantaran e-mel.

2. Keperluan undang-undang – jika diminta oleh pihak berkuasa untuk tujuan siasatan atau pematuhan undang-undang.

3. Untuk mengurus kelas dan operasi – maklumat pelajar mungkin dan akan dikongsi dengan guru Al-Quran yang mengajar. Semua pihak ketiga yang bekerjasama diwajibkan mematuhi standard privasi dan keselamatan data.

5. Cookies Laman web kami menggunakan cookies untuk:

• Memahami cara pengguna melayari laman

• Membaiki prestasi laman

• Menayangkan kandungan yang lebih relevan Anda boleh menolak cookies melalui tetapan pelayar anda, namun beberapa fungsi laman mungkin terjejas.

6. Hak Pengguna

Anda berhak untuk:

• Mengakses maklumat peribadi anda

• Memperbetulkan maklumat yang tidak tepat

• Meminta pemadaman data tertentu

• Menarik balik persetujuan penggunaan maklumat Untuk meminta kemaskini atau pemadaman data, sila hubungi kami melalui maklumat di bawah.

7. Pautan ke Laman Web Lain

Laman kami mungkin mengandungi pautan ke laman luar. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi atau kandungan laman-laman tersebut.

8. Perubahan kepada Dasar Privasi

Dasar Privasi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini akan dipaparkan di bahagian atas halaman ini.

9. Cara Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi:

Kelas Quran Online

E-mel: hzr.qlc@gmail.com

Telefon: 011-16676012

Laman web: https://kelasquranonline.com